Rabu, 16 Mac 2011

Biar Seribu Kali

Betapa tergurisnya hatiku mengenangkan dirimu yang sering dibayangi si dia. Kau ungkapkan kata cinta dan rindumu padaku tapi dalam masa yang sama kau guris hatiku dengan cerita tentang dia. Tiap kali kita berbicara berdua, kita bagaikan bertiga kerana kau sering mengingati dia dan menyebut namanya. Asyiknya kau bercerita tentangnya, tanpa kau sedari hatiku yang tercalar dan kian terluka. Berulangkali kunyatakan padamu, bahawa aku tidak mahu kau menyebut atau bercerita tentang dia tapi kau sering terlupa dan akhirnya aku lah yang sering terluka dan derita jiwa.

Berulangkali kau ucapkan kata maaf tapi kau tetap mengulangi kesilapan yang serupa. Dimana sebenarnya aku di hatimu..? Biar beribu kali maaf yang kau ucapkan...belum tentu lagi dapat mengubati hatiku yang terluka... Luka yang kini kian parah.

Hatiku terdera dan menderita hanya kerana aku menyinta... menyintai dirimu..!



Seribu Mawar - Nyanyian Sharifah Aini

Cintamu yang tak ikhlas

Padaku yang setia

Kau anggap aku tidak tahu

Kau curang di belakangku

Cinta bukannya harta

Cinta adalah jiwa

Tak mungkin dapat kau membeli

Hatiku yang telah terluka

Biar seribu malam

Tak bisa memujukku

Tak bisa menghuraikan

Rahsia hatiku terhadapmu

Kau masih menggangguku

Di dalam resah kesah

Di waktu aku rindu

Kenangan manis bersamamu

Andai dulu dapat kukecapi

Kasih sayang tulus suci

Tak mungkin kini

Kau menghitung hari sendirian

Dalam mimpi cuba ku ulangi

Mengimbang bunga cinta murni

Adakah ini balasan setia

Biar seribu mawar

Tak bisa memekarkan

Tak bisa mewangikan

Di pintu jiwa yang kau kecewakan

Usah merisik lagi

Takkanku kau miliki

Aku kini bahagia

Tanpa cinta yang pura-pura

Kala hati ingin kau bersama

Engkau tega memilihnya

Di mana aku kau letakkan

Di hatimu

Siang malam cuba kumenipu

Perasaan hati ini

Kini ku ingin

Bebas bersendiri

Sabtu, 26 Februari 2011

Betapa Sakitnya Hati Dilukai

Hari ini hatiku dilukai dan disakiti lagi. Sakit hati yang pernah aku rasakan dulu. Kini berulang lagi. Hatiku dilukai dan disakiti oleh insan yang sangat aku sayangi. Hancur luluh hatiku, sakitnya tak dapat kuungkapkan dengan kata-kata, terluka hatiku yang bukan sedikit, luka yang terlalu parah dan dalam. Hanya orangnya yang berbeza dan caranya juga berbeza tapi kesakitan itu tetap sama dan serupa aku rasakan.

Aku tidak dapat menghalang dari hatiku dilukai dan disakiti. Aku juga tidak dapat menahan dari merasa sakit bila dilukai dan disakiti. Lalu aku menanggungnya penuh derita dan payah. Merasa sangat tersiksa. Inilah balasan yang aku dapat, setelah aku memberikan kasih sayang sepenuh hati. Segala pengorbananku tidak bererti dan tidak dihargai.

Airmataku yang mengalir ini, biarlah terus mengalir menyirami kehancuran dan kelukaan hatiku. Biarlah terus mengalir menyirami kepedihan dan kesakitan hatiku ini, biarlah....

Aku sedar kini, betapa kita menyayangi seseorang, belum tentu kita akan disayangi seperti kita menyayanginya. Walau siapa pun dia dan apa pun pertalian hubungan dia dengan kita. Sungguh, semua itu tidak menjamin kasih sayangnya untuk kita.

Dalam kepedihan dan kesakitan ini, dalam deraian airmata ini, aku masih memaafkannya. Ya aku memaafkannya kerana aku tidak mampu membenci dan aku sedar dia juga bukan insan sempurna, sama seperti aku yang serba kekurangan dan ada kesilapan di mana-mana.

Namun begitu tertulis namanya di hatiku sebagai insan yang pernah aku sayangi dan sebagai insan yang telah melukai dan menghancurkan hatiku. Akan aku ingat dan aku kenang selamanya, selagi kesakitan ini masih aku ingat dan masih aku rasakan.

Jumaat, 11 Februari 2011

Rindu Ini Untukmu

"ha'ah rindu...rindu serindu..rinduuunyaaa..."

Puas sudah kusembunyikan, puas juga ku buat tak tahu pada pertanyaanmu itu. Puas sudah aku menyimpan teka-teki di hatimu. "Mengapa diam membisu..mengapa tak jawab..? Awak rindukan...? Kalau tak rindu.. buat apa selalu bicara rindu kat sini..?" Kau buatku 'terkunci' dan resah dengan pertanyaanmu. sunyi sekejap dunia ini kurasakan. hanya debaran dihatiku yang kian terasa.

Entah apa yang menguasaiku tika itu, hilang sudah semua keberanianku. akhirnya aku mengalah... perlahan kuucapkan kata rindu itu dengan bibir yang bergetar. tiba-tiba terasa sebak, hampir saja airmataku gugur tapi aku masih mampu menahannya. "puaskah hatimu kini.. bila kunyatakan kata rindu itu..?" hatiku berbisik melepaskan geram tapi tak sampai dipendengaranmu.

Ku kira kau sudah tahu, aku selalu berbisik dan merintih sendirian di sini. mengungkapkan rindu dan sepiku padamu. mengapa kau dera aku untuk menyatakannya..? untuk apa kepastian ini, bila ternyata kau telah pasti..?

Kau lah belahan jiwaku..kasih. kau lah yang telah mencuri hatiku selama ini... kau lah nakhoda bahtera cintaku.. kuharapkan kaulah untukku hingga nafas terakhirku.
Bila saja sebut pasal cinta, kasih dan sayang ni, ada berbagai cerita suka dan duka. Sampai hari kiamat pun cerita cinta tak akan habis kan. Ada berbagai cara orang meluahkan atau menafsirkan cinta. Cinta mampu melakarkan kisah insan-insan yang terjerumus didalam dunia CINTA itu sendiri.

Cinta oh cinta.. kau dicipta oleh yang Maha Pencinta. Terpulanglah bagaimana insan itu memilih dan mencorakkan cintanya, namun Allah jua menentukan di mana akhirnya cinta itu.

Rindukah aku pada cinta lalu..? Masih adakah sendu yang tertinggal pada kisah cinta lalu..? Masihkah ia terlakar dan tersemat di hati..? walau telah ku cuba untuk menafikannya ia tetap ada. Berkali-kali jua kutemui insan yang ingin menyintai diri ini, namun sukar bagi ku untuk menyintai lelaki lain. Meski pun aku mudah untuk menyayangi..

Percaya... atau tidaknya.. terpulanglah.. Entah di mana berakhirnya penantian ini..? Entah siapa sebenarnya yang ku cari..? Aku sendiri tak mampu menjawabnya. Andai aku bercinta lagi, biarlah ia tetap segar dan bersemi hingga nafas terakhirku.

Inikah tafsiran CINTA...? Eehhh...sya tak tau nak jawab. Hanya untuk santapan mata sambil santai-santai. Mana baik tu ambil lah yer. Jika sebaliknya abaikan saje...

Kawan sya kata:

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama
(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anje.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.
(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you luv me, I luv you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... semua dapat, mesti ada!
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.
(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul tu..dia saje.
A = ada macam takde, bagi anak reti ler.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh hampir setiap masa.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.
(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat
macam mana?

TETAPI YG SEHARUSNYA ADALAH
C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman.

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa.

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suami pun tak cari ganti.


Nota: Dari email yang dikirim oleh kawan sya.

Satu Surah Secebis Doa

Dua malam aku gelisah, dua malam jua tidur tidak lena. Bagai disentap aku terbangun sendiri, dengan dada berdebar-debar tidak menentu. Aku duduk di atas tilam sambil melunjurkan kakiku. Sempat pula ku menjeling jam yang tergantung di dinding, dalam cahaya samar aku nampak jarum jam baru menunjukkan pukul 3.30 pagi. "Masih awal lagi..." aku mengeluh sendirian.

Tiba-tiba aku teringat akan pertemuan itu. Sudah dua kali kutempuhi, namun aku tewas pada perjuangan yang tak sudah. Pagi nanti aku akan bertemu lagi, menghadap lagi orang-orang itu. Aahhhh... kalaulah boleh aku menghindarinya tapi melarikan diri tak akan menyelesaikan apa-apa. Aku mengusap mukaku sendiri, berpeluh dan kerimasan. Aku gelisah..

Dalam cahaya suram terasa bagai dinding-dinding itu mengejekku.. bagaikan sedang berpesta mentertawakan diriku. Aaahhhh... Mengapalah persoalan sekecil ini menganggu ketenangan hati dan fikiranku..?

Aku kembali berbaring, dengan satu surah dan sebaris doa aku cuba melelapkan mata. Aku perlu rehat dan tidur yang cukup. Aku tak boleh berpaling lagi, aku mesti menghadapi orang-orang itu pagi nanti, mesti...!

Pagi sebelum melangkah keluar rumah aku membaca Fatihah, ayat Qursi dan Ayat 4 Qul. Aku berselawat dan terus berselawat dalam perjalanan itu. Aku bertekad tidak akan mengaku kalah dan tewas buat kali ke tiga. Aku berserah kepadaNYA.

Ketika aku mendapat jawapan gembira, aku terdiam agak lama. Hanya di dalam hati aku mengucap syukur berkali-kali.. Alhamdulillah. Airmata yang hangat terjun laju dari kelopak mataku.. sebak dan terharu. Ini yang aku inginkan, ini yang kunanti. Tertebus rasanya harga diriku yang hampir kecundang. kalau sebelum ini aku merasa cukup malu untuk mengangkat muka dan memandang mereka. Kini aku sudah boleh tersenyum dengan mereka. Betapa sebelum ini aku merasa sangat tercabar dan merasa kecil di hadapan mereka. Kini aku senyum dan tersenyum lagi.

Saat kukhabarkan berita gembira itu pada mama, mama berkata "Alhamdulillah, semua itu dengan izinNYA"dalam nada suara yang ceria. "mama baca surah Yasin tiga malam berturut-turut berserta doa" sambung mama lagi. Ohhh mama...terima kasih mama..terima kasih. Aku terharu sekali mendengar pengakuan mama. Ingin saja detik itu kupeluk dan kukucup mama sepuas hatiku tapi sayang jarak yang jauh tak memungkinkan aku berbuat demikian ketika itu. Betapa dalam keadaan kesihatannya yang kurang memuaskan itu, dia masih sempat mendoakan untukku. Sungguhpun semua yang berlaku dengan keizinanNYA tapi padaku berkat surah dan doa yang dibaca mama lah yang membuatkan aku berjaya.

"mama..oh mamaku... engkaulah ratu hatiku..."

Aku Dan Lagu

BILA DIRI DISAYANGI
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut nama Mu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru kuucap nama Mu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkau lah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri
Nyanyian: Ukays

Sebuah lagu yang telah menyentuh hatiku setiap kali kedengaran. Saat aku sendirian, dalam keresahan atau kesedihan, kunyanyikan lagu ini perlahan-lahan untuk diriku sendiri. Aku merasa senang hati dan ia bagai 'penawar' yang mengingatkan aku, bahawa Allah lah tempat kumeminta pertolongan, tempat berharap dan Allah lah yang Maha Berkuasa. Aku boleh berfikir dan berhak untuk memilih antara yang baik atau sebaliknya. Keputusan yang membawa akibat, yang kekadang tidak seperti aku jangkakan atau aku harapkan. Sememangnya Allah lah yang menentukannya.

Seringkali aku terlalai dalam memenuhi keinginan dan keperluan hidupku di dunia ini, hingga aku seakan terlupa. Biarpun aku berusaha atau apa jua yang aku lakukan jika tanpa izinNya, ianya tak mungkin berlaku. Perkara yang berlaku disekelilingku, walau kekadang telah cuba kuhindari tapi ia tetap hadir dan terjadi. Ia berlaku diluar kawalanku..

Bersedih bukan lah jalan penyelesaian, lalu aku selalu berusaha menghibur dan mengembirakan hati dengan cara ku sendiri. Aku selalu mengajak minda dan hatiku berfikir ke arah yang positif.
walau pun bagai ada 'perang' di dalam diriku sendiri.

Aku tersenyum sendiri... berselawat dan berzikir sebanyaknya. Ahhh... itu semua cubaan, itu semua ujian. Aku tidak seharusnya mengeluh. Apa lagi untuk mengalah..

"Ya Allah Yang Maha Penyayang dan Maha pengampun. Kasihanilah aku dan ampunkanlah aku insan kecil lagi hina ini. Tolonglah aku dan selamatkanlah aku dari kejahatan dan kekurangan diriku sendiri atau dari apa saja.
Rabana Atina fidun ya hasanah, Wafil akhirati hasanah, waqina azabannar, Amiin."

Semoga aku diberkati dan diredai oleh Allah selalu.

Ingin Melupakan Tapi Aku Rindu

Aku tidak mahu lagi mengingatinya.
bukan aku benci..tapi ntah lah..
siap kali aku ingat dia..
mesti airmataku mengalir..

aku pikir tak perlu lah aku terus menanggis.
buang airmata aje kan...?
tapi...

bila sepi bertandang ke hatiku..
waktu itulah dia menerjah ingatanku..
jeritan namanya bergema memenuhi jiwa..
sesak aku dibuatnya...

dia... entah ke mana hilangnya..
entah apa dibuat dan difikirkannya..
tiba-tiba saja senyap...
hatiku tertanya-tanya..

dia lupa ke..pada diriku..?
aaaahhhhh...

aku tak ingin bertanya lagi..
untuk apa bertanya..
jika pertanyaanku tiada jawapannya..

puas dah kupujuk hati ini..
agar 'lupakan' saja si dia itu..
namun hatiku tak berdaya..
menyisihkan dia dari hati ni..

aaah....rinduuuuu....
rindu lagi...
pada wajah pada suara..
segalanya yg ada pada dirinya..
oooh...hati...sukarnya bagiku melupakan dia...

dia..adakah dia peduli..?
aku tak pasti..
kini...aku terasa sakitnya..
disakiti dengan rindu..
rindu yang tak bertepi...